Sunday, August 23, 2009

1st Day at Bazaar Seksyen 25

Tahun ni en suami semangat nak berniaga kat bazar...
dalam hati berdebar2 gak maklumlah 1st time kan
terima kasih pada mentua yg x lokek ilmu dia
mentua yg ajar resepi ayam bakar rendang dan black pepper
huhuhu sampai kol 2 pagi den menuntut ilmu....
tahun ni mentua nak cuti berniaga
katanya da penat dah nak tumpukan pada ibadat jerk
hari pertama berniaga risau jerk
macam2 dalam kepala ni dok pikir
laku ke nanti
habis ke ayam yang aku bawak neh
huhu takut,malu semua perasaan ada

inilah transport kami g ke bazaar


Ayam yang siap untuk di bakar


ni ayam yang x masak lagi hehe


tadaaaaaaa da siap untuk di jual
seekor 13 hengget jerk
mehla kawan2 singgah ke gerai ku kat seksyen 25 shah alam.....
tapak petak no 9


insyaallah dah rasa sekali pasti datang lagi


Ahlan wasahlan Ramadhan

Hari sabtu 22 Ogos 2009 tarikh awal ramadhan..
ramadhan datang lagi...alhamdulillah daku masih sempat merasainya
tahun ni tahun kedua berpuasa bersama en suami...
tapi tahun lepas masih duduk ngan mentua lagi
tahun ni dah dok asing so.....semua kena masak sendiri..hehe
semoga Allah memudahkan urusan puasa kita
semoga allah berikan kita kesempatan untuk beribadat sebanyak mungkin
semoga taubat,doa dan segala permohonan dimakbulkan
semoga dipermudahkan segala urusan....



Sunday, August 16, 2009

Taklimat Peniaga Bazaar........

11/8/09 tarikh taklimat peniaga2 bazaar ramadhan kawasan shah alam
pagi tu macam biasa aku basuh baju dulu sbbnya masuk keje kan kul 9
alih2 kul 7.10 dia call...
ayang leh ambik cuti x???
nape???
azmi xleh g taklimatla...abang kena g sorang ayang ikutlah ganti azmi
ermmm oklah....
memang jadi sifatku xkan menolak permintaan dia..dia bahagia aku pon bahagia
macam lipas kudungla aku siapkan membasuh,jemur baju,iron baju
kul 7.30 kuar dari umah..ala.......jalan lak jammed...huh
dahla janji mula taklimat kul 8...
kul 8.15 baru sampai kat tempat dia bergegas ke tempat taklimat
alih2 x mula apapon lagi....kul 10 baru mula!!!!!!!!!!!
huh dahla perut lapar nie x makan apa2 lagi
tapi bagus juga taklimat ni ada tentang pengurusan kewangan
antaranya:
dalam setiap wang pendapatan yg kita dapat perlu di agihkan mengikut bahagian2 berikut:
Akaun Generasi 10%
Akaun Pendidikan 10%
Akaun Hidup 55%
Akaun Ganjaran Diri 10%
Akaun Modal 10%
Akaun Pulangan 5%

hmmm nasibla ada gak ilmu yg berguna kalau x bosan giler
habis dengar taklimat org mula la berebut2 nak ambil lesen penjaja
aduhai sungguhla x sistematik dia punya pengurusan
makanan lak basi...berkeronconglah perut aku
sedap lagi makan kat kilang OMI tempat dia jaga kantin....
hmmmm sungguh bengangnya aku pada hari itu...huh


My 1st Anniversarry

Hmmm lamanya x update blog neh
macam2 jadi pada diri ku ni hah....demamlah,kebusyan dengan audit lagi masalah datang satu persatu.....
cerita pasal 1st anniversarry aku pada 09/08/09 yang lepas
hehehe da jauh berlalu baru nak citer erk.....
aku tahu dia suamiku tidaklah terlalu romantik
tapi cukup hanya dengan kata2 pon da leh wat air mata ni mengalir
jumaat malam tu kami memang da janji nak balik kg
sepatutnya dia xleh nak balik sbb ada orang order catering
hmm tapi di sebabkan dia da berjanji ngan aku neh confirmlah dia x berani nak cancel......1 sikap aku yg masih xleh nak ubah...
kalau x dapat apa yg aku nak atau dia memungkiri apa yg dia janji
mula la aku angin 1 badan.....
maaf ye sayang ja da cuba nak ubah...susah sangat nak buang perangai yg 1 ini
kat kg abangku memang janji nak belanja kami sempena ulangtahun neh
saat2 yg x mungkin aku lupa....sambut ulangtahun kami dengan mak,abah,kak linda,halim,yun dan harith.....
xkan kulupa kebahagiaan dan kegembiraan di mata abah dan mak
akhirnya mereka boleh terima jodoh ku dgan si dia
aku xde hadiah yg istimewa pon...ada la something aku bg dia
dia pon xde beli apa lagi cumanya kata2 dia
dia selalu katakan aku isteri yg solehah....dia beruntung beristerikan aku...
aku banyak membantu dia dalam susah dan senang...aku membuatkan dia bahagia
dan yg paling penting dia cintakan aku hingga akhir hayat....
abang.....kadangkala diri ni rasa x layak lagi dipanggil isteri yg solehah....
kadangkala akal x dapat berfikir dengan baik di kala hati diselubungi kemarahan
maafkan daku ye sayang.....
ja pun bahagia menjadi isteri abang......x kira susah atau senang ja sentiasa di belakang abang.....
semoga ikatan perkahwinan kita bahagia hingga ke akhir hayat
semoga kita dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah...aminnn

Thursday, August 6, 2009

Resepi Tomyam

hari tu masa mak aku ngan abang datang umah aku masak tomyam
selalu kat kg mak guna perencah tom yam tu jerk
tapi hari tu sajer nak bg kelainan aku wat la ikut resepi MIL
alih2 td mak tepon nak suh aku masak camtu kat kg...
hehehe 1 penghormatan buat daku yg baru pandai masak lepas kawen,.....hehe
ok ni bahan2nya

bawang besar dipotong dadu
serai 2 batang di ketuk
cili api hijau/merah diblend
perahan air limau nipis (jgn banyak2 nanti masam)
daun limau purut
halia sikit diketuk
sayur bunga kobis,carrot,cendawan
ayam
sedikit cili kisar

cara2 memasak
panaskan air dalam periuk
masukkan bawang dan cili api tunggu sampai mendidih
masukkan serai,halia,ayam
tunggu sampai ayam masak pastu masukkan sikit cili blend utk bg tomyam kemerahan
masukkan sayur
masukkan air limau nipis
masukkan daun limau purut
opssssss jgn lupa garam dan pak aji...
hehehe selamat mencuba
resepi sihat tanpa penggunaan minyak
oh yaaaa kalau nak campur tomato pon sodap....

Kembali Senyum....

Lama rasanya x update blog neh
dek kerana kekecewaan hati dan kesedihan yang melanda hehe
aku bersyukur mempunyai suami setenang,sebaik, dia....
petang ahad tuh 2/8 ada kuar macam coklat2 sikit
tapi daku yakin tu tanda2 awal nak peyed
sabar menunggu sampai esoknya....
hmm sampai ke petang daku da 'banjir'...........
balik jer en suami kusandarkan kepala ke bahunya dan meluahkan rasa
sesungguhnya daku x begitu kuat ya Allah
aku lupa pada janjiku pada suami....
;kalau ayang peyed bulan ni,ayang janji x menangis dah'
hmmmm tapi kesedihan tu x berpanjangan ....
mungkin hikmah disebalik amalan ku mengamalkan surah yassin setiap hari
daku bersyukur diberi ketenangan semula
bersyukur daku mampu tersenyum kembali
suamiku jua senang dengan perubahanku....
betullah suamiku kata....ini dugaan buat kita....
Allah x menguji kita dengan kesempitan wang,kesakitan badan tapi dia menguji kita dengan kelewatan sedikit 'rezeki' yg 1 ini
ayang kena tabah kalau x camne nak dapat baby
alahai suamiku.......kata2 mu begitu pon mampu membuatkanku mengalirkan air mata
aku redha ya Allah...redha dan syukur padamu