Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Kembali Senyum....

Lama rasanya x update blog neh
dek kerana kekecewaan hati dan kesedihan yang melanda hehe
aku bersyukur mempunyai suami setenang,sebaik, dia....
petang ahad tuh 2/8 ada kuar macam coklat2 sikit
tapi daku yakin tu tanda2 awal nak peyed
sabar menunggu sampai esoknya....
hmm sampai ke petang daku da 'banjir'...........
balik jer en suami kusandarkan kepala ke bahunya dan meluahkan rasa
sesungguhnya daku x begitu kuat ya Allah
aku lupa pada janjiku pada suami....
;kalau ayang peyed bulan ni,ayang janji x menangis dah'
hmmmm tapi kesedihan tu x berpanjangan ....
mungkin hikmah disebalik amalan ku mengamalkan surah yassin setiap hari
daku bersyukur diberi ketenangan semula
bersyukur daku mampu tersenyum kembali
suamiku jua senang dengan perubahanku....
betullah suamiku kata....ini dugaan buat kita....
Allah x menguji kita dengan kesempitan wang,kesakitan badan tapi dia menguji kita dengan kelewatan sedikit 'rezeki' yg 1 ini
ayang kena tabah kalau x camne nak dapat baby
alahai suamiku.......kata2 mu begitu pon mampu membuatkanku mengalirkan air mata
aku redha ya Allah...redha dan syukur padamu

Thursday, July 30, 2009

Luahan Hati..

Luahan hati di pagi jumaat...
hari ni 31/7 genap cik p ku lewat 11 hari
tipulah andainya aku kata tiada harapan di dalam hati
saat nak buat urine test pon hati berdegup kencang
dan akhirnya..........hanya 1 line yg timbul....
yaaaaa belum ada rezeki buatku......
aku cuba mengawal perasaan agar tidak terlalu sedih
tapi aku jua manusia.....x mampu menahan kesedihan
di hening subuh aku merenung sejadahku...
selesai solat dan membaca yassin
ku tadahkan tangan memohon padamu ya Allah....
'Andai lewatnya haidku ini kerana ada zuriat didalam rahimku KAU berikanlah petunjuk...seandainya masih belum waktunya aku redha ya Allah dan KAU jauhilah segala penyakit dan KAU berilah ketenangan pada hatiku...amin...'
Dia suamiku seperti biasa sentiasa disisiku...
abang.....maafkan ja ye
mungkin impian ja nak berikan abang hadiah paling bermakna buat ulangtahun perkahwinan kita x kesampaian....
maafkan ja...............
wahai hati...tabahlah dikau.....amin